Sunday, January 16, 2011

Petua Untuk Jadikan Diri Sendiri Rajin Solat

Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  
[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Kenapa kanak-kanak hilang

Mama ada tulis pasal kanak-kanak hilang. Ijoi pun kanak-kanak. Jadi semua kanak-kanak jangan nakal. Ikut cakap Mama dan Ayah. Silakan baca blog MAMA

Saturday, January 8, 2011

Ijoi sudah tahun 5

Hai apa khabar semua? Siok tak blog ni? ha ha ha...

Tahun ini, Ijoi masuk kelas 5 Harapan. Cikgu banyak bagi kerja rumah. Aduh... malasnya...! Tapi... Ijoi tau Ijoi kena buat juga tu kerja rumah. Mama pula tunggu Ijoi sampai siap. Hmmm.... hari itu jam 10.00 malam baru dapat tidur. Langsung tiada chan main komputer.... Hu hu hu...,.

Selamat tahun baru 2011 ya... Tahun depan UPSR sudah. Boleh kah ni dapat markah bagus?

Saturday, May 22, 2010

Ayamku Brownie.

Ijoi ada seekor ayam. Namanya Brownie sebab bulunya coklat. Ijoi pelihara Brownie dari dia masih baby lagi. Mula-mula ayah beli Brownie untuk dipelihara sampai besar, kemudian disembelih dan dimakan. Mulanya ayam-ayam tu 5 ekor semuanya, tapi habis dimakan anjing jahat. Jadi tinggallah Brownie satu ekor. ijoi kesian Brownie sebab adik-beradiknya semua habis mati. Jadi Ijoi pun jaga Brownie. Makin lama, Brownie pun makin besar dan makin hensem. Tapi confused la, Brownie ni ayam jantan kan ayam betina. Kepala dia macam jantan, tapi ekornya macam ayam betina. Bila tanya Mama, mama cakap dua-dua. He he he.

Pada suatu hari tu, Brownie berkokok. Wah.... Rupa-rupanya Brownie ayam jantan lah... Sekarang Brownie lagi hensem. Badan dia gagah. Ijoi makin sayang sama Brownie. Bila ayah cakap mau sembelih Brownie, Ijoi nangis.

Tapi kan, Brownie ni penakut. Walau pun dia ayam jantan, tapi dia tidak berani lawan bapa ayam yang jahat tu. Dia selalu lari ketakutan apabila dikejar oleh bapa ayam. Jadi Ijoi kurung Brownie dalam reban. Sian dia hidup terkurung.

Kadang-kadang Ijoi bawa Brownie keluar dari reban dan dukung dia, bawa dia jalan-jalan. Brownie pun manja. Dia tau nama dia Brownie. Bila Ijoi panggil, dia datang.

Ijoi mau Brownie hidup lama-lama sampai Ijoi tua.

Saturday, May 15, 2010

Ekspedisi SM SFX, Kudat








Hari ini...

Hari ini Ijoi ada exam sekolah agama. Ijoi tidak dapat siap di sekolah. Ijoi bawa pulang. Ijoi sedih. Nanti mama marah. Ijoi sayang sama Mama. Selamat Hari Ibu untuk Mama Ijoi...

Tuesday, June 2, 2009

Post pertama

Assalamualaikum. Hari ini Ijoi buat blog. Mama Ijoi yang tolong. Ijoi baru tahun 3 di SKSFX. Terima kasih mama kerana tolong Ijoi buat blog ini. Ijoi suka betul kartun Naruto yang jadi layout blog Ijoi. Ijoi belum berapa pandai menaip. Nanti kalau ada cerita baru Ijoi akan post lagi di sini.

Sekian, jumpa lagi. Terima kasih kerana membaca. bye..
Ini Dunia Ijoi © 2008 Template by:
SkinCorner