Sunday, January 16, 2011

Petua Untuk Jadikan Diri Sendiri Rajin Solat

Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  
[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Kenapa kanak-kanak hilang

Mama ada tulis pasal kanak-kanak hilang. Ijoi pun kanak-kanak. Jadi semua kanak-kanak jangan nakal. Ikut cakap Mama dan Ayah. Silakan baca blog MAMA

Saturday, January 8, 2011

Ijoi sudah tahun 5

Hai apa khabar semua? Siok tak blog ni? ha ha ha...

Tahun ini, Ijoi masuk kelas 5 Harapan. Cikgu banyak bagi kerja rumah. Aduh... malasnya...! Tapi... Ijoi tau Ijoi kena buat juga tu kerja rumah. Mama pula tunggu Ijoi sampai siap. Hmmm.... hari itu jam 10.00 malam baru dapat tidur. Langsung tiada chan main komputer.... Hu hu hu...,.

Selamat tahun baru 2011 ya... Tahun depan UPSR sudah. Boleh kah ni dapat markah bagus?
Ini Dunia Ijoi © 2008 Template by:
SkinCorner